Sunday, January 24, 2010

Raya Kurban 09



En Azarudin membaca khutbah raya, di Surau Al-Falah Taman Puncak Jalil

Friday, January 22, 2010


Keadaan aman di kampong mertua. Bendang seluas mata memandang.

Saturday, January 9, 2010

Makan2 Selepas Tahlil.


Pernahkah anda bertanya Apa itu TAHLIL. Tahlil arwah, doa selamat, kesyukuran.

Percaya atau tidak, bahawa setiap kali ada majlis tahlil dsbnya, di akhiri dengan makan2.

doa yang paling mujarab dan segera diperkenankan ialah "doa makan selepas sahaja tamat majlis tahlil dsbnya.

Friday, January 8, 2010

ALLAH Ekslusif Untuk Muslim


Malam tadi dapat penjelasan lanjut berhubung penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam. Berdasarkan kitab/tulisan sebelum ini dalam semua bentuk kitab/buku/penerbitan, TIDAK PERNAH ADA PERKATAAN ALLAH DIGUNAKAN. Maka pendirian umat islam ialah melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam semua penerbitan atau tulisan.

Larangan penggunaan kalimah ALLAH adalah jelas, dalam semua penerbitan/tulisan. Larangan ini adalah TIDAK termasuk menggunakan dalam SEBUTAN/PERCAKAPAN, seperti kebiasaan sebutan oleh rakan2 bukan Islam di negara ini. Ini berdasarkan kepada firman ALLAH yang jelas menunjukan bahawa umat terdahulu juga menyebut ALLAH bila ditanya tentang kejadian mereka.

Monday, January 4, 2010

Nama ALLAH dan kenali sifat2nya

Saya terasa bila disebut janggut putih, kopiah dan sebagainya. Cuba fikir sejenak. Berapa ramaikah orang berjanggut/berkopiah dibandingkan dengan yang tak berjanggut/bersongkok, dikalangan MELAYU. Kenapa yang sedikit ini dijadikan bahan, kenapa yang ramai tak pulak dijadikan bahan. Sepatutnya yang ramai lah menjadi contoh. Cuba kira berapa ramai yang bersongkok datang solat fardu ke masjid/surau. Majoriti yang berkopiah. Jadi jangan salahkan orang lain bila berlaku begini.



Tuhan itu satu. Namanya ALLAH dan ada 99 nama yang lain. Ada yang mengenal ALLAH sebagai tunggal, tidak beranak dan tidak diberanakkan. Tetapi ada yang mengatakan ALLAH itu ada kekasih dan ada anak dari kekasihnya itu. Yang mana benar. Tentunya masing2 mengatak mereka benar, berpandukan alasan masing2. Jadi sejauh mana hujah itu menusuk jiwa individu, sejauh itulah ikutan mereka. Oleh itu jangan jadi bodoh kerana isu ini. Yang penting semua muslim pegang teguh alquran da hadith DAN RAJIN TUNAI SOLAT FARDU DITEMPAT2 DILAUNGKAN AZAN , masjid/surau.

Itu pandangan saya yang cetek ilmu. Cuma nak tanya: kalau sesuatu benda itu kita telah diberi hak untuk menamakanya, bagaimanakah pula harus orang lain memanggil namanya? Patutkah orang lain memanggil benda itu dengan panggilan yang lain. Tentang sifat2nya mungkin kita berbeza pendapat, mengikut dari sudut mana kita pandang. Kalau secara kebetulan mereka memandang dari sudut yang sama, sudah pasti mereka akan mendapat gambaran yang serupa, tetapi jika mereka pandang dari sudut berbeza, tidak mustahil untuk mereka mempunyai gambaran yang berbeza. Yang mustahak disini ialah untuk orang2 islam memandang benda yang sama dari sudut2 yang sama, baru boleh dapat cerita yang sama.

Bukankah itu yang sepatutnya berlaku, bahawa semua orang hanya ada satu ALLAH dan mesti guna nama ini. Persoalannya kenapa mereka yang bukan islam dilarang pulak. Bukankah tuhan ALLAH itu juga tuhan mereka. Sama juga masalahnya bila melayu sebut perkataan Tuhan, apakah yang dimaksudkan bukan ALLAH?. Contoh: anak2 jangan buat begini, nanti tuhan marah. 2: Iman umat islam di Malaysia ada yang kuat/teguh dan ada yang lemah, begitu juga ditempat2 lain didunia ini. Kalau dah tahu iman tak teguh, berusahalah untuk perteguh iman, carilah kaedahnya, berkawanlah dengan orang2 beriman. Datanglah kepengajian2 di surau/masjid atau tempat2 lain. Jangan biarkan diri lemah dan takut terancam kerana kelemahan sendiri. Tidak pernah ada sesiapa melarang individu untuk perteguh/perdalam iman. 3: Keliru hanya bila ilmu dengkel, tetapi mendabik dada, konon dah cukup dan tak perlu/tak mahu nasihat/tambah ilmu. Menutup pintu dengan cara demikian mungkin ada faedahnya. Namun banyak pintu2 lain yang sangat terbentang/terbuka luas. Mampukah kerajaan menutup pintu2 kesemuanya.

Kawan saya beragama buuudha, sering mengucapkan kalimah shadah dan menyebut perkataan ALLAH bila sesuatu berlaku. Tetapi dia tetap dan taat mengerjakan seperti ibu/bapanya di rumah2 agama mereka.. Beliau memberi nasihat kepada kanak2, seperti katanya: Jangan buat begini, nanti ALLAH marah. Adakah sesiapa boleh melarang beliau dari menggunakan perkataan ALLAH, dan adakah tindakan undang2 boleh dikenakan.

Ahir kata

Terima Kasih Kerana Melihat Blog ini.