Monday, March 22, 2010

Kenderaan Motor

Saya baru sahaja membeli sebuah motor, terpikat dengan bentuk dan harga. Modenas Kriss Elit Sport.
Ini cucu memang suka aksi, bergambar. Tapi cukup rimas nak pakai baju.




Belon Punye Hal - Astaghfirullah


Dek ikutkan nafsu, semalam petang ke Putrajaya, nonton Belon Panas. Tiba dah masuk waktu asar. Pusing2 cari parkir, lama kemudian baru dapat. Saya dapat melihat dua buah glider bermotor berlegar2 diudara. Seronoknya mereka beriadah seperti itu. Matahari terek memancarkan sinar dan habanya. Setelah sekian lama menunggu dapatlah melihat mereka menyemburkan udara panas dan belon mula mengembang. Terlihat belon mula menegak, satu demi satu. Elok waktu nak berlepas, angin bertiup beransur deras dan akhirnya diikuti hujan sangat lebat. Belon terpaksa dikempiskan dan program seterusnya dibatalkan. Kecewa tidak nampak belon berterbangan diudara. Tetapi yang paling saya kesalkan ialah tidak dapat tunaikan ASAR, ya Allah ampunkan aku kerana meringankan tanggungjawab.

Perjalanan pulang dalam keadaan hujan lebat. Semua penumpang kereta saya basah kuyup kerana mengharungi hujan lebat ketika berjalan kaki menuju kekereta. Alhamdulillah sempat tunaikan Maghrib di Masjid UKM, setelah menghantar anak dan rakan2nya ke kolej masing2. Cucu saya kesekukan. Sampai dirumah diberi minum susu milo panas, mandi dan salin pakaian. Pagi ini kami bangun dan rutin harian berjalan seperti biasanya.

Wednesday, March 10, 2010

Warga Emas




Telah sampai masanya aku digelar warga tua. Aku terima dengan rasa sayu dan bersyukor kepada Allah dengan rezeki sehat, makan minum, pakaian kediaman kenderaan dan mampu kesurau.
Bermula dari Microsoft 3 Operating system (OS), Windows 98, sekarang guna Windows XP. Saya dapat ikutinya. Tak cuba Windows 2000 dan terbaru Windows 7, belum cuba lagi. Cadang nak install Windows 7 ni dalam HD baru. Ok kot.
Pengalaman guna komputer sejak 1989, dengan MS 3 OS, WordStar5 - word procwssor, Lotus 123 - spread sheet, QuatroPro, QBasic - programming, Dbase4 - Data base, IDEAS - design and manufacture, CAD - computer aided design dan Novel Netware - Local Area Networking.

Komputer pulak mesin 8088, 5 1/4 in floppy disk, tanpa HD. Warna amber.

Ahir kata

Terima Kasih Kerana Melihat Blog ini.