Friday, February 19, 2010

Kediaman Tetap- Taman Puncak Jalil




Setelah berehat panjang, semalam 18/feb/2010, saya telah membuat keputusan untuk menetap di taman ini, dengan terlaksananya S&P. Semalam dapat tahu nilai lebih sedikit dari harga belian.

Kena lagi yuran, (guaman, bank loan, S&P dan valuation hampir2 rm 9,000.)
Lepas ini kena renovate app rm 70,000, nak selesa. Keseluruhan mencecah rm 300,000 juga.
Siapakah yang akan mendapat ni'mat ini? Saya dan keluarga.

Sekian Lama ku tinggalkan, hari ni mulakan lagi.





Saya asal dari perkampongan ini. Sejak umur 18 tahun telah keluar kerana belajar. Kerja-kerja yang biasa saya lakukan telah terlalu asing. Kini setelah 45 tahun, saya cuba bermesra kembali. Namun hanya kehendak melampau batas kudrat. Tak mampu kerja berat lagi. Adik saya masih kuat, menyodok 2 kali, pelepah sawit dah jatuh, manakala saya melakukan 12 kali baru putus.





Aduh lemahnya aku. Dek kerana itu juga saya telah melepaskan pegangan keatas sebidang tanah ini kepada Abang saya, mulai 18 Feb 2010. Sedih, tapi itulah kodhok dan kadar ketentuan Allah.

Monday, February 8, 2010

Wisata ke Langkawi




Agak teruja bila dikatakan umur telah mencecah 60an. Apa tidaknya pada umur sebini kebiasaanya telah tiada semganat untuk riadah.




Namun saya tekadkan hati untuk pergi bersama-sama isteri, anak, menantu dan cucu. Tambahan pula bila dicadangkan untuk menaik tangga telaga tujuh, 500+ anak-tangga. Laratkah aku kali ini. Sempat juga kami naik kabel car. Terasa degupan jantung ketika kabel bergerak, curam nain dan menurun.

Ahir kata

Terima Kasih Kerana Melihat Blog ini.