Sunday, July 19, 2009

Cikgu Misri - Majlis Persaraan Pengetua Gombak






Ramai kenal saya Cikgu, kerana telah berada di SM Teknik Gombak dari 2001-2006. Itu sahaja saya berada dalam lingkungan pendidikan sekolah.
Sebelumnya saya telah berada di Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang. Gelaran tenaga pengajar ialah pensyarah. Panggilan Encik dan Puan adalah biasa, tetapi bukan cikgu. Saya terima perubahan itu dengan rela hati.
Hari ini setelah menghabiskan masa 32 tahun+, saya bersara dari perkhidmatan perguruan, dan jadilah pesara pegawai kerajaan, dengan panggialn Cikgu Misri, tinggal di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor. Saya rasa aman dan dapat melaksanakan kewajipan harian dengan selesa. Tiada hirok pikok murid-murid dan tiada suara-suara cikgu mengajar dikelas.
Tetapi jauh didalam sanubari saya masih cintakan suasaana P & P, pengajaran dan pembelajaran, walaupun tenaga telah jauh merosot. Saya hanya mampu mengadakan kelas kecil mengaji dan membaca jawi (alquran), dan sedikit ilmu IT, kerana permintaan rakan-rakan dari Surau AlFalah TP Jalil, walaupun bidang pengkhususan salah ialah Kejuruteraan Mekanikal.
Bagi guru-guru dan pensyarah, anggaplah kerjaya itu sesuatu yang sangat mulia dan percayalah bahawa diakhir perkhidmatan kita nanti akan di penuhi kepuasan dan ganjaran mencurah-curah.

1 comment:

  1. Salam Hj Misri, saya slah seorang anak murid Hj Misri, di smtg SPM 2004. sekarang tinggal di Equine Residence. Sri Kembangan. Insyallah satu hari kita pasti berjumpa

    ReplyDelete

Ahir kata

Terima Kasih Kerana Melihat Blog ini.