Wednesday, December 8, 2010

Jalan-jalan di KL

Tempat dilawati:
1. Pusat Islam:
Lengang, tak ceria, tiada sambutan mesra.
Tiada pemandu, pegawai berlonggok kat kaunter tiket, tapi pakaian sungguh segak.
Tiket biasa.
Pameran terlalu sedikit.

.....tidak menggambarkan sebuah pusat pendidikan atau pelancungan atau ...
.....sebagai melepas batok ditangga, daripada ditutup.

2. Taman burong: tiadak banyak perubahan semenjak lebih 10 tahun yang lalu.
Tiket: Sederhana mahal, tiada konsesi lawatan keluarga. Yang ada promosi dari RHB, guna kad. Siapa yang guna kad?
Restauran mahal gila (Hornbil)

3. Pusat Sains: Sambutan sederhana, ramai pekerja (pengawal, penunjuk jalan ). Tiket murah. Pengalaman baru dalam theater. Surau sangat mudah di kunjungi.

Sunday, December 5, 2010

Paip Salor Air Bumbung Tersumbat

Dah seminggu tersumbat. Hari ini rakan tolong korek dan alhamdulillah, clear sumbat.

Saturday, December 4, 2010

Adakah doa muslim diterima

Ikut kata ustaz, semua doa muslim diterima Allah. Hakikat diterima itu boleh dikelaskan kepada:
1. Tunai
2. Tertangguh semasa hidup
3. Dimakbulkan ketika di kubur
4. Dimakbulkan ketika di makhsyar
5. Sebagai ganti kifarah

Oleh itu semua mukmin jangan kedekut derdoa dan berharap.

Selamat beramal.

Aku dah nekad nak kick start motor

Dah lama guna bateri, asik lemah dan recharge kedai. Macam2 dah buat, terakhir potong wayar charging dak buat sambungan baru. Nampaknya menjadi, bateri boleh cas sendiri. Alhamdu lillah. Harap boleh terus elok.

Monday, November 15, 2010

Kerja Kemas rumah

Banyak lagi ruang perlu diisi dengan barang2 dari kotak2.
Letih dibuatnya. Hajah paling rajin buka kotak dan susun dalam kabinet. HarAp2 tak keletihan pulak.

Monday, November 1, 2010

Rumah 69 PUJ 5/2

Sudah siap. Kerja touch up sikit2. Mula duduk 1 Zukkaedah. Dah minggu ke4 la ni.

Tuesday, August 3, 2010

Kerja Ubahsuai dan Tambahan

Mulai 26.7.2010 kerja2 ini dibuat.

Sehingga sekarang 3.8.2010 telah hampir selesai bahagian depan. Perlu tiling saja.

Lukisan dan permohonan ubahsuai/tambahan dah hantar tadi, 3.8.2010. Moga-moga lulus plan.

Bahagian belakang baru mula semalam. Korek untuk footing tiang2. Dah siap satu . Ada lima lagi. Paling kurang 3 hari lagi baru siap.

Monday, June 28, 2010

Surau Al Falah Tmn Puncak Jalil 4 - Hafazan Kanak2

Program ini telah dilaksanakan pada Ahad 27 Jun 2010, dari jam 7.45 hingga 1.00 t/hari. 60 peserta kanak2 sertainya. Semua berjalan lancar.

Friday, June 18, 2010


Menjadi. Cendawan dah tumbuh besar, cuma belum cukup matang untuk dipetik. Dua hari lagi baru leh petik. Semoga ratusan yg lain dibangsal membesar sama.

Tuesday, June 15, 2010

Empat Ekor Keluarga Baru

Baru beranak petang, lepas zuhor tadi. Empat ekor semuanya.

Kembali ke rahmatullah

Hari ini saya dimaklumkan bahawa rakan seperjuangan (bekas pengetua sm teknik setapak, telah kembali ke rahmatullah, pada Khamis minggu lepas. Takziah buat keluarganya.

Monday, June 14, 2010

Karburetter Baru- Power Up

Rupanya motor semput sebab carb dah jam. tak boleh ejas. tukar baru, sekarang ok

Friday, May 28, 2010

Just repair kete anak rm 180.00
semalam repair motor rm 400.00
petang ni nak balik kg mentua rm ???.??

Friday, May 14, 2010

Pagi salam terpaksa berpisah dgn anak kucing.
pagi ni antar anak saudara ke glenmarie, temuduga kerja.
Malam ni jam 10 antar dia ke terminal bas Bukit Jalil

Friday, May 7, 2010

Malam ni rasa sedih dan bersalah kerna anak kucing mati seekor. Memang yang ini agak lemah dan semakin lemah hari kehari. Walau diberi minum guna siringe, itulah ajal. Kembali ke pada penciptanya.

Thursday, May 6, 2010

Pagi yang agak sebuk kerana dua ekor anak kucing, yatim piatu, ditinggal ibu/bapa. Terpaksa beri minum guna siringe dan kerap cuci badannya kerana najis. Apa yang aku dapat.

Sunday, May 2, 2010

Pos ini dari iphone dg. Dari rumah anak di Ipoh. 3G kekadang hilang.

Monday, April 19, 2010

Pemimpin Bagi Muslimin

Hari ni dengar Zaid Ibrahim ada masalah peribadi masa lampau. Dah tobat dan mintak ampon kepada Allah. Dia tetap muslim/melayu. Perlukah saya angkat/jadikan pemimpin berbanding dengan calon yang seorang lagi yang jelas bukan dari kalangan mukmin. Apakah akan saya jawab depan Allah nanti, jika memilih pemimpin dari golongan lain.

Thursday, April 15, 2010

Konon review

Nokia E72-1. Fizikal apearance cantik. Tapi skrin kecik (320 l x 240 t) pixcel. QWERTY keyboard. Ok. Rege RM 1300.00.

Friday, April 9, 2010

Tak kesudah: Amik yan baru akhirnya.

Selama ni beli 2nd Hp. Memang orang jual sebab tak puas dengan berbagai ragam. Terbaru P1i saya mulfuntion "back key". Nak repai amik masa dan duitlagi. So amik iPhone (2nd juga). Baru dua hari WiFi tak leh guna. Hantar balik kedai, dua minggu atau lebih, atau munkkin tak boleh baiki. Geram punya pasal la ni amik baru. Harap boleh guna, cuma barang lain.

Thursday, April 8, 2010

Belajar baca jawi

alif di atas=============== aaaaaaaa
alif di bawah=============== iiiiiiiii
alif di depan============== uuuuuuuuu

baa diatas==================baaaa
baa dibawah ================biiii
baa didepan ================buuuu
taa diatas =================taaaa
terlajak

maka pakcik pun baca "ba bi bu ta"

ini dari lawak us m akhil

Tuesday, April 6, 2010

Komputer Lama, HD Lama

Masalah yang memeningkan, semua driver dah tak ada. Hanya Dell Support yang ada. Nasib baik Internet dapat konek. Lega dapat install semula dengan Win Xp saja. Doenload lambat.

Saturday, April 3, 2010

Tikus Baiki Labu.

Itulah saya semalam. Konon nak udrade asoftware iPhone 2G 8G. Dapat updrade sepenuhnya, namun hasilnya phone kembali kepada keadeaan asal, factory setting. Lock dan bukan jailbreak. Masalah phone hanya boleh emergency sahaja. Mintak tolong kawan. Hingga kini belum ada berita.

Sehari kemudian, hari Ahyad, phone dah boleh guna. masalah baru timbul: WiFi tak boleh konek, tak jumpa scan. Lepas ni nak gi baWAk ke kedai semula, tolong tengok apa halnya tak boleh konek WiFi.

Dah bawak kekedai petang tadi. Format dan install softwares semula. Tapi keadaan tetap sama. Jadi antar untuk diagnos sepenuhnya, softwares dan hardwares. Harap boleh elok semula.

Monday, March 22, 2010

Kenderaan Motor

Saya baru sahaja membeli sebuah motor, terpikat dengan bentuk dan harga. Modenas Kriss Elit Sport.
Ini cucu memang suka aksi, bergambar. Tapi cukup rimas nak pakai baju.




Belon Punye Hal - Astaghfirullah


Dek ikutkan nafsu, semalam petang ke Putrajaya, nonton Belon Panas. Tiba dah masuk waktu asar. Pusing2 cari parkir, lama kemudian baru dapat. Saya dapat melihat dua buah glider bermotor berlegar2 diudara. Seronoknya mereka beriadah seperti itu. Matahari terek memancarkan sinar dan habanya. Setelah sekian lama menunggu dapatlah melihat mereka menyemburkan udara panas dan belon mula mengembang. Terlihat belon mula menegak, satu demi satu. Elok waktu nak berlepas, angin bertiup beransur deras dan akhirnya diikuti hujan sangat lebat. Belon terpaksa dikempiskan dan program seterusnya dibatalkan. Kecewa tidak nampak belon berterbangan diudara. Tetapi yang paling saya kesalkan ialah tidak dapat tunaikan ASAR, ya Allah ampunkan aku kerana meringankan tanggungjawab.

Perjalanan pulang dalam keadaan hujan lebat. Semua penumpang kereta saya basah kuyup kerana mengharungi hujan lebat ketika berjalan kaki menuju kekereta. Alhamdulillah sempat tunaikan Maghrib di Masjid UKM, setelah menghantar anak dan rakan2nya ke kolej masing2. Cucu saya kesekukan. Sampai dirumah diberi minum susu milo panas, mandi dan salin pakaian. Pagi ini kami bangun dan rutin harian berjalan seperti biasanya.

Wednesday, March 10, 2010

Warga Emas




Telah sampai masanya aku digelar warga tua. Aku terima dengan rasa sayu dan bersyukor kepada Allah dengan rezeki sehat, makan minum, pakaian kediaman kenderaan dan mampu kesurau.
Bermula dari Microsoft 3 Operating system (OS), Windows 98, sekarang guna Windows XP. Saya dapat ikutinya. Tak cuba Windows 2000 dan terbaru Windows 7, belum cuba lagi. Cadang nak install Windows 7 ni dalam HD baru. Ok kot.
Pengalaman guna komputer sejak 1989, dengan MS 3 OS, WordStar5 - word procwssor, Lotus 123 - spread sheet, QuatroPro, QBasic - programming, Dbase4 - Data base, IDEAS - design and manufacture, CAD - computer aided design dan Novel Netware - Local Area Networking.

Komputer pulak mesin 8088, 5 1/4 in floppy disk, tanpa HD. Warna amber.

Friday, February 19, 2010

Kediaman Tetap- Taman Puncak Jalil




Setelah berehat panjang, semalam 18/feb/2010, saya telah membuat keputusan untuk menetap di taman ini, dengan terlaksananya S&P. Semalam dapat tahu nilai lebih sedikit dari harga belian.

Kena lagi yuran, (guaman, bank loan, S&P dan valuation hampir2 rm 9,000.)
Lepas ini kena renovate app rm 70,000, nak selesa. Keseluruhan mencecah rm 300,000 juga.
Siapakah yang akan mendapat ni'mat ini? Saya dan keluarga.

Sekian Lama ku tinggalkan, hari ni mulakan lagi.





Saya asal dari perkampongan ini. Sejak umur 18 tahun telah keluar kerana belajar. Kerja-kerja yang biasa saya lakukan telah terlalu asing. Kini setelah 45 tahun, saya cuba bermesra kembali. Namun hanya kehendak melampau batas kudrat. Tak mampu kerja berat lagi. Adik saya masih kuat, menyodok 2 kali, pelepah sawit dah jatuh, manakala saya melakukan 12 kali baru putus.





Aduh lemahnya aku. Dek kerana itu juga saya telah melepaskan pegangan keatas sebidang tanah ini kepada Abang saya, mulai 18 Feb 2010. Sedih, tapi itulah kodhok dan kadar ketentuan Allah.

Monday, February 8, 2010

Wisata ke Langkawi




Agak teruja bila dikatakan umur telah mencecah 60an. Apa tidaknya pada umur sebini kebiasaanya telah tiada semganat untuk riadah.




Namun saya tekadkan hati untuk pergi bersama-sama isteri, anak, menantu dan cucu. Tambahan pula bila dicadangkan untuk menaik tangga telaga tujuh, 500+ anak-tangga. Laratkah aku kali ini. Sempat juga kami naik kabel car. Terasa degupan jantung ketika kabel bergerak, curam nain dan menurun.

Sunday, January 24, 2010

Raya Kurban 09



En Azarudin membaca khutbah raya, di Surau Al-Falah Taman Puncak Jalil

Friday, January 22, 2010


Keadaan aman di kampong mertua. Bendang seluas mata memandang.

Saturday, January 9, 2010

Makan2 Selepas Tahlil.


Pernahkah anda bertanya Apa itu TAHLIL. Tahlil arwah, doa selamat, kesyukuran.

Percaya atau tidak, bahawa setiap kali ada majlis tahlil dsbnya, di akhiri dengan makan2.

doa yang paling mujarab dan segera diperkenankan ialah "doa makan selepas sahaja tamat majlis tahlil dsbnya.

Friday, January 8, 2010

ALLAH Ekslusif Untuk Muslim


Malam tadi dapat penjelasan lanjut berhubung penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam. Berdasarkan kitab/tulisan sebelum ini dalam semua bentuk kitab/buku/penerbitan, TIDAK PERNAH ADA PERKATAAN ALLAH DIGUNAKAN. Maka pendirian umat islam ialah melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam semua penerbitan atau tulisan.

Larangan penggunaan kalimah ALLAH adalah jelas, dalam semua penerbitan/tulisan. Larangan ini adalah TIDAK termasuk menggunakan dalam SEBUTAN/PERCAKAPAN, seperti kebiasaan sebutan oleh rakan2 bukan Islam di negara ini. Ini berdasarkan kepada firman ALLAH yang jelas menunjukan bahawa umat terdahulu juga menyebut ALLAH bila ditanya tentang kejadian mereka.

Monday, January 4, 2010

Nama ALLAH dan kenali sifat2nya

Saya terasa bila disebut janggut putih, kopiah dan sebagainya. Cuba fikir sejenak. Berapa ramaikah orang berjanggut/berkopiah dibandingkan dengan yang tak berjanggut/bersongkok, dikalangan MELAYU. Kenapa yang sedikit ini dijadikan bahan, kenapa yang ramai tak pulak dijadikan bahan. Sepatutnya yang ramai lah menjadi contoh. Cuba kira berapa ramai yang bersongkok datang solat fardu ke masjid/surau. Majoriti yang berkopiah. Jadi jangan salahkan orang lain bila berlaku begini.



Tuhan itu satu. Namanya ALLAH dan ada 99 nama yang lain. Ada yang mengenal ALLAH sebagai tunggal, tidak beranak dan tidak diberanakkan. Tetapi ada yang mengatakan ALLAH itu ada kekasih dan ada anak dari kekasihnya itu. Yang mana benar. Tentunya masing2 mengatak mereka benar, berpandukan alasan masing2. Jadi sejauh mana hujah itu menusuk jiwa individu, sejauh itulah ikutan mereka. Oleh itu jangan jadi bodoh kerana isu ini. Yang penting semua muslim pegang teguh alquran da hadith DAN RAJIN TUNAI SOLAT FARDU DITEMPAT2 DILAUNGKAN AZAN , masjid/surau.

Itu pandangan saya yang cetek ilmu. Cuma nak tanya: kalau sesuatu benda itu kita telah diberi hak untuk menamakanya, bagaimanakah pula harus orang lain memanggil namanya? Patutkah orang lain memanggil benda itu dengan panggilan yang lain. Tentang sifat2nya mungkin kita berbeza pendapat, mengikut dari sudut mana kita pandang. Kalau secara kebetulan mereka memandang dari sudut yang sama, sudah pasti mereka akan mendapat gambaran yang serupa, tetapi jika mereka pandang dari sudut berbeza, tidak mustahil untuk mereka mempunyai gambaran yang berbeza. Yang mustahak disini ialah untuk orang2 islam memandang benda yang sama dari sudut2 yang sama, baru boleh dapat cerita yang sama.

Bukankah itu yang sepatutnya berlaku, bahawa semua orang hanya ada satu ALLAH dan mesti guna nama ini. Persoalannya kenapa mereka yang bukan islam dilarang pulak. Bukankah tuhan ALLAH itu juga tuhan mereka. Sama juga masalahnya bila melayu sebut perkataan Tuhan, apakah yang dimaksudkan bukan ALLAH?. Contoh: anak2 jangan buat begini, nanti tuhan marah. 2: Iman umat islam di Malaysia ada yang kuat/teguh dan ada yang lemah, begitu juga ditempat2 lain didunia ini. Kalau dah tahu iman tak teguh, berusahalah untuk perteguh iman, carilah kaedahnya, berkawanlah dengan orang2 beriman. Datanglah kepengajian2 di surau/masjid atau tempat2 lain. Jangan biarkan diri lemah dan takut terancam kerana kelemahan sendiri. Tidak pernah ada sesiapa melarang individu untuk perteguh/perdalam iman. 3: Keliru hanya bila ilmu dengkel, tetapi mendabik dada, konon dah cukup dan tak perlu/tak mahu nasihat/tambah ilmu. Menutup pintu dengan cara demikian mungkin ada faedahnya. Namun banyak pintu2 lain yang sangat terbentang/terbuka luas. Mampukah kerajaan menutup pintu2 kesemuanya.

Kawan saya beragama buuudha, sering mengucapkan kalimah shadah dan menyebut perkataan ALLAH bila sesuatu berlaku. Tetapi dia tetap dan taat mengerjakan seperti ibu/bapanya di rumah2 agama mereka.. Beliau memberi nasihat kepada kanak2, seperti katanya: Jangan buat begini, nanti ALLAH marah. Adakah sesiapa boleh melarang beliau dari menggunakan perkataan ALLAH, dan adakah tindakan undang2 boleh dikenakan.

Ahir kata

Terima Kasih Kerana Melihat Blog ini.