Monday, March 22, 2010

Belon Punye Hal - Astaghfirullah


Dek ikutkan nafsu, semalam petang ke Putrajaya, nonton Belon Panas. Tiba dah masuk waktu asar. Pusing2 cari parkir, lama kemudian baru dapat. Saya dapat melihat dua buah glider bermotor berlegar2 diudara. Seronoknya mereka beriadah seperti itu. Matahari terek memancarkan sinar dan habanya. Setelah sekian lama menunggu dapatlah melihat mereka menyemburkan udara panas dan belon mula mengembang. Terlihat belon mula menegak, satu demi satu. Elok waktu nak berlepas, angin bertiup beransur deras dan akhirnya diikuti hujan sangat lebat. Belon terpaksa dikempiskan dan program seterusnya dibatalkan. Kecewa tidak nampak belon berterbangan diudara. Tetapi yang paling saya kesalkan ialah tidak dapat tunaikan ASAR, ya Allah ampunkan aku kerana meringankan tanggungjawab.

Perjalanan pulang dalam keadaan hujan lebat. Semua penumpang kereta saya basah kuyup kerana mengharungi hujan lebat ketika berjalan kaki menuju kekereta. Alhamdulillah sempat tunaikan Maghrib di Masjid UKM, setelah menghantar anak dan rakan2nya ke kolej masing2. Cucu saya kesekukan. Sampai dirumah diberi minum susu milo panas, mandi dan salin pakaian. Pagi ini kami bangun dan rutin harian berjalan seperti biasanya.

No comments:

Post a Comment

Ahir kata

Terima Kasih Kerana Melihat Blog ini.