Friday, November 20, 2009
Bukit Bendera Tidak Lagi Menarik
Baru-baru ini saya berkesempatan naik Bukit Bendera P. Pinang bersama keluarga. Saya dapati ia tidak menarik seperti 15 tahun dahulu. Contoh paling jelas ialah papan tanda masjid tidak lagi diselenggara dengan baik.
Kedua saya dapati bahagian dalaman kereta agak kotor, (dibersihkan tetapi ala kadar sahaja, sebab nampak jelas kerja pembersihan tidak sempurna, terutama bumbung - bahagian dalam, atas kipas angin, mungkin tukang cuci pendek orangnya. Juga kipas angin tidak berfungsi sepenuhnya, dipertengahan perjalanan naik, kipas berhenti dari berpusing, bayangkan waktu itu penumpang sesak, dengan kanak-kanak dan warga emas). Ketiga, bila sampai diatas saya cuba bersandar kedinding pengahadang, sungguh terkejut saya melihat setompok najis kera, apakah tiada pekerja pembersihan. Keempat, ketika hendak pulang, saya masuk ruang menunggu, melalui hadapan pintu bilik air, tak tahan bau hancing sanga kuat, tidakah pencuci ditugaskan disitu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ahir kata
Terima Kasih Kerana Melihat Blog ini.
No comments:
Post a Comment