Thursday, November 12, 2009

Malaysia - Negara Islam atau Kuffar

Saya tertarik dengan hujah masing2. Ada yang menyokong dan ada yang memberi alasan sebaliknya. Apa yang jelas bagi saya bukan lah negara itu samada Islam atau tidak Islam. Jangan salah tafsir. Yang ISLAM ialah manusia, bukan negara. Lihat rukun Islam yang lima itu dan syarat seseorang itu wajib ikut islam atau sebaliknya. Mana ada rukun Islam untuk negara. Rukun Islam ialah untuk manusia. Jadi jangan pertikai pendapat, kerana negara tak pernah mengucap dua kalimah shahadah, tak pernah solat (walaupun buat masjid/surau), tak pernah puasa, apatah lagi untuk Malaysia pergi buat haji atau tunai zakat. Yang patut difikirkan ialah bagaimana harus dilakukan oleh negara/pemimpin supaya manusia yang mendiaminya dapat menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim secara TOTAL atau bukan muslim dapat melaksanakan tanggungjawab selayaknya, dan pemimpin beragama Islam dapat menegakkan segala-galanya dalam negeri ini menurut kehendak Islam. Akan lahir sebuah negara Islam mengikut tafsiran semasa) bila manusia menegakkan hukum2 islam didalam negara itu, walaupon penduduknya bukan Islam. Dan tidak menjadi sesebuah negara itu negara islam jika tidak dapat menegakkan hukum2 islam dalam negara, walaupun penduduknya Islam. Maaf mencelah. Betulkan saya jika silap.

No comments:

Post a Comment

Ahir kata

Terima Kasih Kerana Melihat Blog ini.