Saya minta maaf sekiranya tulisan saya ini melukakan hati orang2/ jabatan tertentu.
Saya hairan, dalam dunia sekarang. Bagaimana orang2 yang dipercayai dan dimuliaka dalam bidang agama, telah malakukan perkara2 yang saya anggap kurang bijak. Contoh terbaru ialah penahanan Dr Mohd Asri seperti dilapor di akhbar. Tidakkah mereka terfikir untuk mendalami sedikit tentang memelihara kehormatan orang islam berpendidikan tinggi. Cara berhemah dimana diletakkan. Tiadakah cara lain untuk menahannya. Sedangkan 'rasul melayu' pun mengambil begitu lama baru ditangkap, inikan orang yang jelas berpendidikan dan mengajar agama. Yang salah tetap salah, buatlah yang sepatutnya sebagaimana dianjurkan oleh Rasullah (SAW). Apakah DR Mohd Asri ini menyembunyikan/melarikan diri bila tiada ceramah. Mustahil. Kan dia pon muncul diTV. Banyak alasan2 diberi untuk membolehkan penahanan ini, tetapi berbaloikah. Yang jelas sekarang ini bukanlah maruah Dr Mohd Asri yang terjejas, tetapi maruah Jabatan merudum habis. Maaf lagi sekali.
No comments:
Post a Comment