Friday, December 25, 2009

Hari ini 24 Dis. 09, keputusan peperiksaan PMR diumumkan. Tahniah ibu dan ayah. Kejayaan anak kerana kesungguhan kamu berdua dan guru2. Alangkah baiknya jika dapat dikongsi bersama orang2 yang membantu kejayaan cemerlang ini. Dan jangan lupa untuk terus membantu kejayaan ini dimasa akan datang. Cabaran akan lebih hebat.

Tuesday, December 22, 2009

Terapi badan



Dah lega dari kesibukan urusan kenduri. Sekarang masa untuk merawat otot2 yang ketat dan sakit. Rawatan di Klinik Komuniti Seri Kembangan, setiap minggu sekali.

Rawatan infra red dan urutan elektronik. Mengendurkan otot2 yang tegang.
Rawatan di AlfaOne, medan elekrik BIOS 9000, 9000 volt dan 60 Hz. Fungsi menggegarkan saluran darah untuk meleraikan segala kotoran dalam saluran dan mengangkut kotoran melalui peloh dan kumoh.

Monday, November 30, 2009

Terkenang Masa Lalu.



Dulu waktu kerja, bersama-sama dengan rakan-rakan. Tealah masuk tahun ketiga saya pencen, semalam dapat jumpa rakan-rakan tu,



di rumah rakan kenduri anaknya. Cerita lama kembali menjelma, dan terasa sayu mengenang 'bahawa pencen itu benar'. (mati itu benar, alam barzakh itu benar, mungkar/nangkir itu benar dan lain-lain).

Gambar ini menunjukkan kegembiraan diakhir perkhidmatan sebagai guru. Tetapi ia adalah juga permulaan bagi kesunyian kerana akan kehilangan sahabat seperjuangan. Saya tidak akan lagi bertemua guru2 dan pelajar2 sebagai seorang pendidik. Namon saya bersyukor kerana masih dapat panggilan CIKGU di kariah tempat tinggal saya. Rakan2 lebih mengenali saya sebagai cikgu, itu sudah cukup untuk rakan2 lain fahan siapa yang dimaksudkan.

Monday, November 23, 2009

Bolak Balik Tang Situ jugak

Suatu masa dulu: SM Teknik dan SM Vokasional, dua aliran berasingan.Kemudian: Semua sekolah dibawah Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional di tukar kepada SM Teknik (termasuk semua vokasional di Upgrade dari vokasional). Sekarang: SM Teknik dan SM Vokasional (didalamnya ada kemahiran) diasingkan semula. Memang cantik dari segi perlaksanaan kerana mengikut keperluan semasa. Namun dari segi kos terlalu banyak wang dibazirkan. Dan bagaimana pula sumber manusia (guru2). Tidakkah mereka terpaksa di rombak semula, terutama guru2 teknikal terpaksa keluar dari SM Vokasional. Kemana mereka dihantar, ke SM Teknik, disitu dah penuh.

Friday, November 20, 2009

Bukit Bendera Tidak Lagi Menarik



Baru-baru ini saya berkesempatan naik Bukit Bendera P. Pinang bersama keluarga. Saya dapati ia tidak menarik seperti 15 tahun dahulu. Contoh paling jelas ialah papan tanda masjid tidak lagi diselenggara dengan baik.


Kedua saya dapati bahagian dalaman kereta agak kotor, (dibersihkan tetapi ala kadar sahaja, sebab nampak jelas kerja pembersihan tidak sempurna, terutama bumbung - bahagian dalam, atas kipas angin, mungkin tukang cuci pendek orangnya. Juga kipas angin tidak berfungsi sepenuhnya, dipertengahan perjalanan naik, kipas berhenti dari berpusing, bayangkan waktu itu penumpang sesak, dengan kanak-kanak dan warga emas). Ketiga, bila sampai diatas saya cuba bersandar kedinding pengahadang, sungguh terkejut saya melihat setompok najis kera, apakah tiada pekerja pembersihan. Keempat, ketika hendak pulang, saya masuk ruang menunggu, melalui hadapan pintu bilik air, tak tahan bau hancing sanga kuat, tidakah pencuci ditugaskan disitu.

Sunday, November 15, 2009

DSAI dapat gaji RM1 dari Kerajaan N Selangor

Usah dipertikai. Dia nak berdrama ke atau ape pon yang nak dibuat, sekarang jelas: MB selangor tak lantik kita dalam apa jua jabatan/kerja. Kenapa MB Selangor pilih DSAI?. Tentu dia ada kelebihan dari kita semua. So tabik kepada MB Selangor kerana berani membuat anjakan paradigma, dan tahniah kepada DSAI kerana sudi menyambut tugasan itu walaupon hanya dengan RM1 sebulan saja upahnya. Sanggupkah kita semua jika diberi gaji seperti ini? Masih pertikai kemampuan DSAI? Sila baca dan dapatkan maklumat selanjutnya , internationally, bukan sekadar nationally. Bandingakan dengan PM2 kita apatah lagi DPM2 kita.

Saturday, November 14, 2009

Melodrama Dari Melodraman King

Ini di ambil dari Ruzi comment, dari tunku blog: tunku : another melodrama by the melodrama queen.after more than a year with no positive result, now wants to create new drama.charitable is not in anwar's dictionary.....there is huge kickbacks waiting for him behind the scenes.shah alam an Islamic capital, what a joke. Islamic capital can't be having a beer factory.

Komen saya: Cita-cita adalah sesuatu yang diharuskan. Pencapaian adalah sesuatu yang telah ditakdirkan. Andaikata hasrat ini terlaksana, apa kata tunku. Ibarat bila seorang muslim menyewa rumah orang bukan muslim, yang jelas mengamalkan minuman keras dan memakan haiwan terlarang, apa tunku buat pertama sekali sebelum mendiaminya.

Friday, November 13, 2009

Berkat bersabar


Alhamdulillah, masalah kunci ignition kete dah selesai. Bayar 5$> $ = RM 100. Kira je le kalo nak tau. dan hasilnya tentu ringan sangat dan nipis poket aku. Entah bila lak nak tebal kembali. Harap2 ada lah rezeki minggu depan ni.
Ada lagi satu belum dibuat: central lock dari pintu pemandu tak berfungsi. Mungkim pump rosak Kete aku guna sistem angin untuk kunci.

Malang Nasibku.


Hari ni aku nak gi repair ignition key. Semalam rosak, tak boleh nak on kete. Masalahnya aku tak ade transport nak ke kete, sebab kete di tinggal berjauhan dari rumah, kerana terjadi waktu nak balik dari surau. Balik jalan kaki, la ni nak gi ke surau juga jalan kaki. Nak kemasjid sangat jauh, 3+ Km. Jumaat pula hari ni. Mungkin kawan boleh tumpangkan ke masjid nanti. Belum call lagi. Harap2 ade la kawan yang murah hati nak bagi tumpang ke masjid, kalo tiada, masjid negara la jawabnya.

Thursday, November 12, 2009

Malaysia - Negara Islam atau Kuffar

Saya tertarik dengan hujah masing2. Ada yang menyokong dan ada yang memberi alasan sebaliknya. Apa yang jelas bagi saya bukan lah negara itu samada Islam atau tidak Islam. Jangan salah tafsir. Yang ISLAM ialah manusia, bukan negara. Lihat rukun Islam yang lima itu dan syarat seseorang itu wajib ikut islam atau sebaliknya. Mana ada rukun Islam untuk negara. Rukun Islam ialah untuk manusia. Jadi jangan pertikai pendapat, kerana negara tak pernah mengucap dua kalimah shahadah, tak pernah solat (walaupun buat masjid/surau), tak pernah puasa, apatah lagi untuk Malaysia pergi buat haji atau tunai zakat. Yang patut difikirkan ialah bagaimana harus dilakukan oleh negara/pemimpin supaya manusia yang mendiaminya dapat menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim secara TOTAL atau bukan muslim dapat melaksanakan tanggungjawab selayaknya, dan pemimpin beragama Islam dapat menegakkan segala-galanya dalam negeri ini menurut kehendak Islam. Akan lahir sebuah negara Islam mengikut tafsiran semasa) bila manusia menegakkan hukum2 islam didalam negara itu, walaupon penduduknya bukan Islam. Dan tidak menjadi sesebuah negara itu negara islam jika tidak dapat menegakkan hukum2 islam dalam negara, walaupun penduduknya Islam. Maaf mencelah. Betulkan saya jika silap.

Ignition Key kete rosak

Hari ini kete aku meragam lagi. Kali ini ignition key rosak, tak boleh pulas/pusing/tak boleh nak start kete. Kunci jam/rosak. Apa nak buat. Tukar ignition key? Kena panggil expert datang rumah. Adeeeeeeee saja. Tapi saya maklum, sebab memang dah tua seperti tuannya.

Wednesday, November 11, 2009

Jiwa Perosak

Telah diberitahu lebih awal supaya jaga imej dan jangan buat hal. Sebaliknya cuba tonjolkan peribadi tidak waras fikiran. RM 240.000 nilai kerosakan Stadium Bukit Jalij. Sedih kerana ia dibina dengan wang kerajaan/pembayar cukai. Berapa banyak keseronokan diperolehi melalui perlawanan dibandingkan dengan kerosakan. FAM kena tanggung, sebab dia yang sewa. Malu saya.

Sunday, November 8, 2009

Alam nyata dan Hayalan.

Jelas motivasi dengan ganjaran tinggi belum dapat mengalahkan kemahiran. Kelantan kalah kepada N Sembilan. Adat permainan ada yang menang dan ada yang kalah. Tetapi kenapa Kelantan yang kalah. Saya melihat bahawa over confident dan sanjungan penyokong membuat kelantan bercelaru.

Thursday, November 5, 2009

TERKORBAN


Hari Raya Qurban dah hampir tiba. Persiapan korban sedang rancak diuruskan. Lembu korban sedang bersiap sedia untuk disembelih. Kita yang tak buat haji, dan duduk diMalaysia ini adalah juga terkorban. Apa tidaknya banyak perkara yang mesti dibuat/laksana tidak dapat sempurnakan. Cuba teka apa dia?

Yang jelas ialah Undang2 Syariah Jenayah dan Ketetapan Allah (Had). Yang peliknya untuk dilaksana dikalangan muslim pon tak terlaksana.

Kenduri Anak Ketiga.

Sekarang ni sedang sebok buat persiapan nak kenduri anak ketiga. Terasa sangat kurangnya tenaga, mudah letih. Harap2 semuanya akan berjalan seperti dirancang.

Wang Ehsan

Terengganu dah lama dapat. Kelantan baru dicadangkan untuk diberi pada Jan 2010. Apa bezanya. Kerajaan negeri BN dan PAS. Itu saja. Memang dasar manusia. Yang tak disukai ialah bila dibangkang. Wal hal atas faktor yang sama patut Kelantan dapat wang ini bila Terengganu menerimanya. Kedua kenapa baru sekarang nak bagi. Tak lain sebab TG Nik Aziz kata, kalo dapat wang ihsan, bermakna tugas beliau tamat, jadi harapan PM ialah dengan pemberian ini, TG Nik Aziz akan letak jawatan. MB Kelantan akan diberi kepada orang lain yang lebih condong kepada K. Pusat, dan sokongan Kelantanese kepada PAS akan menurun. Harapan cerah UMNO akan dapat ambil kuasa K. Kelantan pada PRU 13 nanti.

Wednesday, November 4, 2009

Kerja Berhemah, Maruah Meningkat.

Saya minta maaf sekiranya tulisan saya ini melukakan hati orang2/ jabatan tertentu.

Saya hairan, dalam dunia sekarang. Bagaimana orang2 yang dipercayai dan dimuliaka dalam bidang agama, telah malakukan perkara2 yang saya anggap kurang bijak. Contoh terbaru ialah penahanan Dr Mohd Asri seperti dilapor di akhbar. Tidakkah mereka terfikir untuk mendalami sedikit tentang memelihara kehormatan orang islam berpendidikan tinggi. Cara berhemah dimana diletakkan. Tiadakah cara lain untuk menahannya. Sedangkan 'rasul melayu' pun mengambil begitu lama baru ditangkap, inikan orang yang jelas berpendidikan dan mengajar agama. Yang salah tetap salah, buatlah yang sepatutnya sebagaimana dianjurkan oleh Rasullah (SAW). Apakah DR Mohd Asri ini menyembunyikan/melarikan diri bila tiada ceramah. Mustahil. Kan dia pon muncul diTV. Banyak alasan2 diberi untuk membolehkan penahanan ini, tetapi berbaloikah. Yang jelas sekarang ini bukanlah maruah Dr Mohd Asri yang terjejas, tetapi maruah Jabatan merudum habis. Maaf lagi sekali.

Orang Tamak Selalu Rugi.

Baru tadi (sebelum isyak) saya terjumpa rakan lama. Katanya mujur dia ada permit teksi. Selapas pencen dia menceburkan diri dalam perniagaan. Pada mulanya semua berjalan lancar. Masuk tahun ketiga, bisnes mula goyang bila pelanggan buat hal, bayaran tak diterima. Wang pencen langsai. Nasib baik dia tidak membuat pinjaman. Sekarang bawa teksi. Dimana silapnya?

Monday, November 2, 2009

Bernafsu Sungguh Memaparkan Berita Sedemikian

Hari ini, terpampang Dr Mohd Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis ditahan polis, alasan memberi ceramah tanpa permit. Adakah Dr. Asri sengajat tidak mahu ambil permit atau merasakan ilmunya sudah cukup tinggi sehingga permit dianggap leceh atau permit tidak dikeluarkan untuknya atas alasan2 tertenu. Saya bingung memikirkanya. Tolong jawab jika ada sesiapa mengetahui hal sebenar.

Friday, October 30, 2009

Bonus Untuk Pensioner

Saya berterima kasih kepada kerajaan, kenapa kerajaan masih bagi bonus kepada kami yang sudah tak berkhidmat, sedangkan ramai pegawai yang sedang berkhidmat lebih memerlukanya. Cuba bayangkan jika bonus rm 500 ini diagihkan kepada mereka yang sedang berkhidmat, alangkah gembiranya. Berikan mereka sekurang-kurangnya satu bulan gaji dengan minimum rm 800 bonus. Atau jika benar-benar nak menolong kami yang sudah pencen ini, buatlah suatu program yang kami boleh lakukan, dan bayarlah mengikut pruduktiviti individu.

Tazkirah Kecil

Orang yang mulia, akan merasa nikmat kerana dapat berbakti kepada orang lain, tetapi dia malu apabila orang berbakti kepadanya. Kerana adalah menjadi tanda kebesaran untuk memberi kebaikan, tetapi menjadi tanda kekerdilan untuk menerimanya.-- Aristoteles.

Manusia yang berjiwa kecil akan memandang besar urusan yang kecil, manakala manusia yang berjiwa besar akan memandang kecil urusan yang besar.--- Hukamak.

Saturday, August 22, 2009

Retro di Bulan Ramadhan

Konfim. Memang ramai sehingga melimpah ke dapor, laman. Subuh pon ramai, 3 baris l/k 50 jemaah. Seronok berada dalam suasana begini. Kalau lah dapat di kekalkan setiap hari sepanjang tahun.............. Ini adalah kesah dibulan ramadhan. Mungkinkah kerana syaitan sedang dirantrai, maka ramai muslim/mukmin dapat mengalahkan nafsu dan kebiasaan dengan mudah? Namun saya hairan pendidikan selama sebulan untuk menguatkan akidah dan hindari kuasa nafsu, akan hilang dalam sekelip masa iaitu diawal bulan syawal. Jadi pendidikan ini tidak berkesan, dan perlu satu bentuk pendidikan yang lain dan baru. Tuan-tuan tolong cadangkan.

Friday, August 21, 2009

Malam ini mula ramadhan dan ramai akan kesurau/masjid untuk berjemaah isyak/terawih. Shukor, telah kembali syariat islam, berjemaah ditempat azan dilaungkan. Hendaknya biarlah berterusan sehingga tamat ramadhan dan diikuti shawal nanti. Tapi percayalah kawan-kawan, fenomena ini hanya ujud di bulan ramadahan, Kenapa. Apakah dibulan-bulan lain tidan wajib berjemaah isyak, subuh, zuhur, asar, dan maghrib? Tolong jawab.

Friday, July 24, 2009

Makanan Sehat - Susu Awal Lembu



Lihat dan baca ini.

Apakah dengan berdiam diri akan membawa kita ke suatu destinasi harapan? Sambutlah cabaran ini. Layari ini:


Atau hubungi saya di 0142308665














Nilai Murni Islam

Fikirkan Ini:

1. Saya melihat Islam ada dijepun, lebih islamik dari negara islam sendiri. Apakah dia ini.
2. Menghormati orang-orang tua adalah satu kemestian, dan ini ada di jepon.
3. Tiada sampah bermaksud orang tidak buang/buat sampah. Dimana sampah mereka buang.
4. Apa dibuat oleh pekerja bandaraya, jika tiada sampah perlu dibersihkan/diurus.


Monday, July 20, 2009

Aku Penjawat Awam

Ini adalah urutan tempat kerja ku. Jawatan Pensyarah Kej Mekanikal,PUO; Ketua Jabatan Kej. Mekanikal, PJB; Pengetua, Sekolah Menengah Teknik Gombak, Selangor. Seronok juga bila mengenang perjalanan hidup berkerjaya. Semuanya tinggal kenangan. Apakah perkara yang sama akan berlaku pada tuan yang membaca blog saya ini?

Sunday, July 19, 2009

Cikgu Misri - Majlis Persaraan Pengetua Gombak






Ramai kenal saya Cikgu, kerana telah berada di SM Teknik Gombak dari 2001-2006. Itu sahaja saya berada dalam lingkungan pendidikan sekolah.
Sebelumnya saya telah berada di Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang. Gelaran tenaga pengajar ialah pensyarah. Panggilan Encik dan Puan adalah biasa, tetapi bukan cikgu. Saya terima perubahan itu dengan rela hati.
Hari ini setelah menghabiskan masa 32 tahun+, saya bersara dari perkhidmatan perguruan, dan jadilah pesara pegawai kerajaan, dengan panggialn Cikgu Misri, tinggal di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor. Saya rasa aman dan dapat melaksanakan kewajipan harian dengan selesa. Tiada hirok pikok murid-murid dan tiada suara-suara cikgu mengajar dikelas.
Tetapi jauh didalam sanubari saya masih cintakan suasaana P & P, pengajaran dan pembelajaran, walaupun tenaga telah jauh merosot. Saya hanya mampu mengadakan kelas kecil mengaji dan membaca jawi (alquran), dan sedikit ilmu IT, kerana permintaan rakan-rakan dari Surau AlFalah TP Jalil, walaupun bidang pengkhususan salah ialah Kejuruteraan Mekanikal.
Bagi guru-guru dan pensyarah, anggaplah kerjaya itu sesuatu yang sangat mulia dan percayalah bahawa diakhir perkhidmatan kita nanti akan di penuhi kepuasan dan ganjaran mencurah-curah.

Friday, July 17, 2009

Penentuan Kiblat Surau Ai-Ikhwan PUJ2.


Bila ustaz belajar falak. Nampak apa? Proses ini adalah sebahagian keperluan untuk dapat kebenaran mendirikan Solat Jumaat, di surau ini.


Makan pada kebiasaanya adalah di akhir sesuatu program, spt tahlil. Lihat ini.




Amalan apakah yang baik bila kita berhajat untuk bermasyarakat? Kenduri/tahlil/gotong royong dianggap satu dintaranya. Untuk yang datang kesurau oklah. Yang tak nampak surau/masjid bagaimana?



Thursday, July 9, 2009

Sebagai bekas guru, saya sangat kecewa dengan polisi kerajaan. PPSMI dimulakan berperingkat dan akan dimansuhkan perlahan-lahan. Dulu saya sekolah melayu (rendah dan menengah). Masuk Politeknik guna BI. Nganga sekejap. Mengajar di Politeknik guna BI, kemudian tukar BM. Pensyarah kelam kabut, aci - shaft - aci, omboh - piston - omboh. Berjuta ringgit wang di laburkan, hasilnya dinilai dan tidak memberangsangkan. Rata-rata 60 pc guru laksana PPSMI dikelas. Sebab guru ke sebab pelajar PPSMI gagal?

Ahir kata

Terima Kasih Kerana Melihat Blog ini.